Thursday, November 5, 2009

15 TAHUN??



Pedih bila dengar ada arahan yang akan mewajibkan kenderaan berusia lebih 15 tahun perlu dhantar ke puspakom untuk diperiksa sebelum mempebaharui cukai jalan mulai januari 2009 . Sebelum membuat sesuatu arahan yang wajib perlu lah diperhalusi sedalam-dalamnya." rakyat didahulukan,percapaian diutamakan".

Mengapa perlu diperiksa? adakah tidak selamat berada dijalan raya? apa perincian yang khusus untuk tidak selamat berada diatas jalan raya? adakah sebab:
1.badan kereta berlubang/kerana karat?
2.asap kenderaan hitam?
3.tidak boleh di pecut laju sehingga 110km/jm?
4.enjin susah hidup?

Kemalangan yang selalu berlaku di jalan raya selalunya disebabkan atas kecuaian pemandu dan ada juga disebabkan kerosakan mekanikal. Tetapi biasakah kita dengar ada kemalangan maut yang berlaku kepada kenderaan yang telah berusia lebih 15tahun?

Kemalangan berlaku apabila kenderaan "baru" dipandu laju. Tidak pernah pula saya lihat kenderaan 15tahun dipandu laju.kelakar bunyinya.. selalunya tuan punya kenderaan yang melebihi 15thn ini juga adalah golongan otai @ pemandu yang berusia. Yang mana mereka ini dari golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan dan sudah berpengalaman memandu. Pendapatan juga mungkin dari wang pencen atau pemiliknya orang kampung. Kesian mereka kan? dah la nak dapat tempat pemeriksaan PUSPAKOM bukannya di semua daerah ada,pasti menimbulkan kesulitan kepada para pengguna. Perkhidmatan runner akan berleluasa ,untuk mempercepatkan urusan dan akan menyebabkan integerti puspakom akan dipertikaikan.

Salahkah kita mempunyai kereta yang sudah berusia lebih dari 15tahun?
Ada sesetengah pengguna yang tidak suka berhutang bank utk membeli kenderaan baru,jadi mereka menjaga kenderaan mereka dengan baik walaupun sudah lebih 15tahun usianya,tetap gagah untuk memikul beban pemilik dan keluarganya.

Atau ada agenda lain disebalik arahan untuk mewajibkan pemeriksaan ini. Bukan hendak mencelah,cuma ingin mendapatkan kepastian. Apa reasonalnya?
Adakah untuk mengelakkan kemalangan atau mengurangkan kemalangan maut di jalanraya?
Cuba semak akbar setiap kali perayaan,kenderaan apa yang selalu terlibat dengan kemalangan?
cuba semak juga sudah berapa ratus ribu kenderaan didaftarkan untuk tahun 2009 sahaja?
penjualan kenderaan masih tinggi , pengguna baru masih membeli kereta baru, jadi mengapa perlu menganggu pemilik kenderaan lama?

"jangan sebab memenangkan sesuatu pihak,kita menindas pihak yang lain"

Tuesday, October 20, 2009

Open HouSe

Tersangat lah lamanya rasa tidak mengemaskini blog yang tak seberapa ni.

Rumah terbuka:
sesuatu yang sudah acap kali kita buat dan hadiri utk memeriahkan suasana hari raya.
tujuan asal, mengeratkan silatulrahim... betul? jika rumah terbuka dikelolakan oleh kita yang dibuat dirumah sendiri dengan menjemput rakan-rakan dan saudara mara, ia lebih meriah, bukan? kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara dalam 1 masa sekali gus. tidak banyak membuang masa dan penat paham-paham sendiri lah.

tapi senario disini adalah, pada zaman dahulu konsep rumah terbuka ni tidak ada, tapi masih ikatan kekeluargaan masih kuat, dan tali persaudaraan masih utuh. kan? zaman ayah ngan mak kita kecil dulu, mana ada istilah open house @rumah terbuka. mereka masih menziarahi macik2,pakcik2 yang lebih tua untuk bertanya kabar, walaupun memenatkan berkunjung dari satu rumah ke satu rumah, tetap puas hati bila dapat berjumpa dengan mereka.

pandangan saya.. adakan open house ATAU tidak ada open house?

Rumah terbuka besar-besaran:
ia dibuat oleh pak pak menteri, untuk menghargai sokongan rakyat kepada mereka, maka banyak lah juadah yang lazat2. cuma yang tidak sedap dipandang adalah....
tetamu yang hadir, mcm tak pernah mkn mknn yang dihidangkan sampaikan berebut-rebut,tolak menolak berlaku. mana adap ketika makan kita? sehinggakan ada mknn yg jatuh ke lantai(membazir).. ada yang bungkus(plastik yang dibawa dr rumah) untuk dbawa pulang.. kesian bila kita tgk ada tetamu yang tak dapat mkn.

semua ni berlaku bila ada rumah terbuka yang besar-besar. cuba jaga tingkah laku.. kita berada di Malaysia, bukan di kenya atau negara yang ada masalah kebuluran..
tunjukan tauladan yang baik kepada anak-anak..

semoga kalian berseronok selalu

Friday, August 28, 2009

MErDeKA! MerDEka! MerdeKA!

seLAmat MenYambut HAri KeMERdekaAn NegARA MALAYSIA ke-52.
PAHIt...GetIR hidup DAn PengORBAnan,HaRUS diHadapI DEmi KEJaYAan.

"RAKYat DIDAhulukaN,PenCApaiaN diUTAmakAN"
cantik sungguh slogan kemErdeKAan kita pada Tahun ni di Bawah Pimpinan Datuk sri Najib.
Pelbagai agenda NegarA dapat kita lihat Sejak Akhir2 ini. sEgalaNya adalah RintanGan yang Harus kita semua Rakyat Malaysia tempuhi bersama.

Memang BanyAk HarA-HurU yg daPAT kita lihat,disebelah kAnaN dan KIri. "TImbang berat, roket ,Untuk Naik ke Bulan,Boleh Nampak Bintang,kena Pakai Mata baru Nampak Jalan"

apa Yang Kita Mahukan? Apa MatlamAT nya? Satu Kalah,Satu Gelak. samPAi Bila.?
Cuba Kenang Kembali PengorBanan Askar2 kiTa(MALysIA) dahulu Yang MemPerTAhankan Negara. PernaHkan Mereka Terfikir menGenai timBANg,Roket,Bulan ,Bintang, Mahupun Mata? Jalan Harus terus kehadapan, jgn keBlakang. Memang Betul. Tapi HARUS diingatkan... Tiada Yang Blakang, Maka maNAkan ada DepanNya.

"seBelum Mahu MenguBAh Dunia,UBah diri sendiri Dahulu"
"Jangan Kira Apa Yang sudah Kita Buat, Cuba tgk apA yang Kita BELUM buat"

MERdekA! MerDEka ! MErdekA!

Monday, August 24, 2009

Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda/bonus. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wednesday, August 12, 2009

H1N1-Politeknik Sultan Idris Shah

Asslamualaikum.... para pelajar dan kakitangan PSIS diberi cuti/kuarentin seminggu bermula 60gos2009 sehingga 12ogos2009. Atas sebab2 keselamatan para pelajar dan kakitangan PSIS.

di Harap semua dapat menjaga kebersihan diri masing2,cuci tangan dgn sabun, pakai topeng muka. elak dari ke tempat sesak(jika perlu,ambil langkah pencegahan)

bilangan kes semakin meningkat.

ambil langkah pencegahan.
jika mengalami,demam,batuk,sesak nafas dan selsema.dapatkan rawatan dengan segera.dan elak dari memakan panadol sahaja.

langkah pencegahan: basuh tangan dgn sabun,jaga kebersihan diri, pakai topeng muka,minum air banyak.

semoga kalian semua dilindungiNYA.

Tuesday, August 4, 2009

3 bulan


Monday, July 13, 2009

1+1=3 ?

Assalamualaikum... penat sungguh 2bulan ni.. dalam diri ni,... naluri cikgu dh lama hilang... dh dkt 2 ½ bulan tak mengajar.. dok sibuk pegi kursus sana sini.. penat... tapi nak buat mcm mana,.. kerja gomen.. “bertindak mengikut ,arahan”
Mei 2009.. rezeki ..alhamdulillah.. dgn kelahiran anak sulong, Mirza Batrisyia ..penuh dgn keriangan..
Alhamdulillah.. seronok jadi ayah .hehe. tapi baru duduk 8 hari dgn Batriysia... dpt surat pg kursus d Terengganu 3 minggu.. aduh.. mcm mana nak ckp ngan org rumah... sedih beb.. jauh.. nasib la semua berjalan lancar... abis kursus Terengganu tak sabar balik tgk mummy batrisyia n baby batrisyia... duduk dalam 2 minggu.. dapat lagi kursus MCITP(Microsoft cetified IT professional) dkt PUO,IPOH.. 3minggu lagi... lagi 1 hal memenatkan.. byk birokarsi kursus ni.. apa nak buat... surat atas nama kita.
Kalau tak nak pg..kena cari penganti.... SAPA NAK GANTI,utk kursus 3minggu.. aduhhhh
Layan... nasib baik lulus cemerlang exam Microsoft... dapat sijil Bill Gate sain.. tu... hahahah
Sebab tu lah naluri cikgu dh lama hilang dalam diri ni... tak duduk opis dkt 2bulan..
Apa2 pun..... bila dah kerja ,,,..kita kena bagi kometmen 110%... buat mana yg termampu..kalau tak larat.. pangkah jer...
Kesian tgk batrisyia... now she 2month.... bestnya.. dh boleh tgk dia gelak2,senyum2, dh boleh respon bila kita agah2... best....

Doakan kami 1 family... apa kabar geng2 semua.. update tak blog masing2?

Cheers mate!

Sunday, May 31, 2009

elLo SemUa

peNat,Letih, penAt ,Letih...
3 minggu d tereNgGanu....

Tak De iDea Nak Menulis...
Penat...

Saturday, May 2, 2009

ALLAHUAKBAR-ALLAHUAKBAR!!!!

BerSyukur Sekali Kepada ALLAH yang memberi rezeki buat kami sekeluarga.Dengan iziNYA lahirlah Puteri Sulung Ayahanda pada 30 April2009, 3.14am dengan berat 3.4kg.

Terima kasih Kepada Semua GENG yang mendoakan kami. Puteri Ayahanda telah disambut oleh Dr. Marsita Bt Mansor dengan bantuan geng2 jururawat di PUSRAWI. terima Kasih Kepada Dr. Marsita Mansor dan staff PUSRAWI yang byk memberi bantuan.

ALLAHUAKBAR-ALLAHUKBAR!!!!!!

MIRZA BATRISYIA= ANAK BAIK YANG PINTAR/CERDIK

AssaLaMuAlaiKum Semua Geng Ayah!


Tuesday, April 28, 2009

TAhNiaH paDa seMua GeNg 'Hilang InGatan'

Hye semuA,Mcm mana Perasaan MAsa KONVO. BEst! TaHNiah.
ada Sesiapa yang jatuh ker mAsa Konvo. heheh
Mesti sSyok kan Dpt Jumpa Geng2 lama.MoGa semua Geng dpt KecemerlanGan. Saya Tetap Doakan Kalian Geng untuk terus berjaya. KaLAu ada reZeki SamBUng DIploma ok...
Teruskan PerjuanGan.

CeRita Lain... ni dah masuk MinGGu ke 39 baby dalam perut. untuk pengetahuan semua,BABY dalam Perut WAJIB keluar Minggu ke40. hehehe.. Geng semua pernah tgk Org bercakap dengan Perut? heheheh dah hilangan ingatan kot sya dok cakap dgn baby dalam perut.
"cepat keluar,ayah nak jumpa"
minTa 5 saat masa Geng semua untuk mendoakan kami...
TeriMa Kasih daun KelAdi

P/s:TQ untakuning ;).rindu dengan JTMK POLIMAS.

Monday, April 13, 2009

BeRdeBor-deBor

Hari ni 14 april, dah 37 minggu anak dalam perut bermastautin. berdebor sungguh hati Ibunya dan saya menunggu saat lahirnya kedunia dan buat pertama kalinya saya mengazankan seorang bayi.

Jangkaan doktor sebelum ni 5Mei09. Tapi semalam menurut doktor di Pusrawi , "uri dah matang, u boleh bersalin anytime"

Saya memohon kepada semua kawan2 untuk menDoakan kami sekeluarga.
Semoga Doa kalian semua ,dapat memberi semangat kepada kami...

yea..yea nak jadi ayah..

cheers mate!

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru MalAYsia 2009

Timbalan perdana menteri
*Tan Sri Muhyiddin Yassin -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
*Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi
*Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen
*Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama
*Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kewangan
(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak
(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran
*Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengangkutan
*Datuk Seri Ong Tee Keat

Dalam negeri
*Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan
*Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air
*Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah
*Datuk Seri Shafie Apdal

Pengajian tinggi
*Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri
*Datuk Mustapa Mohamed
*Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan
*Datuk Dr Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani
*Datuk Noh Omar
*Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan
*Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya(JKR)
*Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan
*Liow Tiong Lai

Belia dan sukan
*Ahmad Shabery Cheek
*Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia
*S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan
*Datuk Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat
*Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar
*Datuk Anifah Aman

Wilayah persekutuan
*Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

+ Via MalaysiaKini

**Semoga dengan adanya pembaharuan yang di tampilkan oleh Datuk Seri Najib
akan membawa seribu erti kepada Malaysia yang kita cintai..Amin

Tuesday, April 7, 2009

MaCAm-MacAM MaLaySIa

Pening nak difikirkan masalah Politik Malaysia. Saya kalau Boleh memang tidak mahu menulis berkaitan politik. Tapi apa yang kita disajikan sekarang dengan senario politik Malaysia amat membimbangkan.
Kenapa perlu bergaduh,? kenapa perlu menfitnah? kenapa Perlu politik wang? kenapa perlu keluar parti kemudian masuk parti balik? apa kes semua ni?

Alangkah baiknya kalau semua orang2 "diatas" sana fikirkan mcm mana nak menaikan ekonomi Malaysia balik. Berikan bantuan pada mereka yang tiada rumah. Mahasiswa yang masih mengangur. Pulihkan ekonomi Malaysia. Ni dok perabih duit dengan pasang bendera,bagi org duit suruh undi diri sendiripolitik wang).

Macam ni kah yang digambarkan sebagai kerajaan yang baguih. tak kira la umNO, paS, Pkr, MiC,McA, Dap parti cap kepala rimau ker. fikirlah... dah jangan menipu rakyat.
beritahu pekara sebenarnya kepada Kami.

anak-anak kecil (sekolah rendah), remaja sekolah menengah, mat2 n minah rempit, tengok ahli politik bertelagah sesama sendiri. Nikah contoh yang baik ?!!!
NIkah Teladan yang baik untuk remaja,kanak2 yang bakal mewarisi Malaysia nanti

bila budak sekolah buli rakan di sekolah, menteri mengamuk. bila mat rempit bergaduh n merosakkan harta awam,menteri mengamuk(tak kira korang BN ke or PK) semua sama.
tapi dorg ni jugaklah yang memberi teladan dan contoh kepada anak2 Malaysia yang tercinta ni.

TOLONG lah bersatu wahai pemimpin negara,Jangan Hipokrit.
"mcm ketam ajar anak berjalan" apa punca nya Malaysia jadi mcm ni? adakah sebab mat rempit racing? adahkah sebab budak sekolah buli rakan(bergaduh)? adakah sebab Nelayan duduk dirumah yang usang? adakah sebab ibu2 tunggal? adakah sebab rakyat miskin takde rumah? atau sebab kebanjiran PATI (indon,bangla, mnyamar)?

KORANG punya hal lah ni semua terjadi,wahai pak-pak menteri(BN,PR)... dok sibuk jaga periuk nasi/fitnah menfitnah/projek2 ntah apa2 ntah/ tikam sana tikam sini/tipu sana-tipu sini/ rahsuah sana-rahsuah sini.

kami sebagai rakyat malaysia hanya mahukan kedamaian ,keamanan,kewangan yang stabil.
boleh beli barangan dengan murah/mampu dibeli oleh semua rakyat. senang berurusan dengan pemimpin.. tiada ketakutan semasa berjalan(keselamatan)

TOLONG lah pak-pak pemimpin(kerajaan/pembangkang) mari sama2 buang yang keruh..ambil yang jernih. banyak lagi usaha yang perlu di perkuatkan.agar menjamin kemakmuran Malaysia.

"BERBANGGA JADI ANAK MALAYSIA"

Wednesday, March 25, 2009

AlhaMduLILLah !!!




KONVOKESYEN UPSI SIDANG PERTAMA 2009



TAHNIAH KEPADA GENG2 PENSYARAH POLIMAS
SEMUA ANUGERAH DEKAN

Tuesday, March 3, 2009

SELAMAT BERKONVO SEMUA

Sedar tidak sedar kalian semua telah tamat pengajian di POLIMAS.
TAHNIAH! diucapkan kepada semua yang berjaya merempuh onak dan duri selama 2 atau 2.5 tahun di POLIMAS.
Saya percaya setiap ibubapa kalian pasti gembira atas kejayaan ini. teruskan belajar dan belajar.
Harapan kepada semua pelajar yang sudah tamat, hadirlah beramai-ramai ke majlis KONVOKESYEN POLIMAS kerana POLIMAS akan menyambut jubli perak (25tahun).
Pasti meriah. Saya juga doakan kalian semua akan terus berjaya di dalam hidup dan di rahmatiNYA sentiasa.
"biar jasa jadi kenangan"
-kuarters PSIS 904p.m 030309-

ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

SAYA MENYERU KEPADA SEMUA SAHABAT UNTUK BERDOA SETIAP KALI SOLAT UNTUK MEMBERI KEKUATAN KEPADA RAKYAT PALASTIEN.
HANYA ITU YANG KITA MAMPU BUAT.
ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!!
SEMOGA DENGAN DOA-DOA KALI AKAN MEMBERI KEKUATAN KEPADA UMAT ISLAM/SEDARA-SEDARA KITA DI SANA.